APAKAH ITU AKTIVITI FIZIKAL?
Aktiviti fizikal bermaksud semua
jenis pergerakan anggota tubuh badan yang disebabkan oleh kontraksi otot.
Perkara ini menyebabkan peningkatan penggunaan tenaga melebihi ketika tubuh
badan berehat. Dalam menghadapi era kemajuan pada masa kini, kebanyakan rakyat
Malaysia mengamalkan corak kehidupan sedentari berikutan pesatnya kemajuan teknologi. Agak sukar untuk terus
menggalakkan mereka bergerak aktif dan bersenam. Corak kehidupan yang telah dilalui
menyukarkan mereka untuk terus aktif secara tiba-tiba.